Pages

Friday, October 29, 2010

> Laksa

Bahan-bahan:-

3-4 paket laksa beras
1 kg ikan kembung
3-4 ulas asam keping
1 labu bawang besar
7-10 ulas bawang merah
5-6 ulas bawang putih
3-4 cm halia
10-12 sudu makan cili giling
7-10 biji cili padi
1/2 cawan air asam jawa
3 cm belacan
segenggam daun kesum
1 batang bunga kantan
garam secukup rasa 
*Bahan ulam laksa*

4-5 biji telur rebus - dibelah dua
1 biji cili merah - dihiris
1 biji cili hijau - dihiris
1 labu bawang besar - dihiris
5-6 biji cili padi - dihiris
1 batang timun - dihiris memanjang
5-6 biji limau kasturi - dibelah dua
4-5 helai daun salad - dihiris
Cara-cara:-

1. Laksa direndam dalam air sekurang-kurangnya setengah jam...
2. Kemudian direbus sampai lembut...Laksa ditoskan dan diketepikan... 
3. Ikan direbus bersama asam keping dan sedikit garam...
4. Kemudian, asingkan ikan rebus dan ketepikan air rebusan bersama asam keping tadi... 
5. Ikan rebus diperisikan lalu dikisar...Kemudian, campurkan isi ikan dikisar ke dalam air rebusan ikan tadi...Tulang ikan kisar ditapis ke dalam ramuan tadi juga... 
6. Rebus bawang merah, bawang putih, bawang besar dan dikisar bersama cili padi dan halia...
7. Bahan-bahan dikisar ini dicampurkan kepada ramuan ikan rebus tadi...
8. Kemudian, panaskan periuk... 
9. Masukkan cili giling,belacan dan air asam jawa... 
10. Masukkan daun kesum dan bunga kantan... 
11. Kacau perlahan-lahan...Masak hingga mendidih...
12. Bubuh garam secukup rasa...
13. Sedia untuk diangkat dan dihidangkan bersama laksa. 
 yang meminati laksa sila la mencube yea...
senang je buat laksa nie...

Friday, October 1, 2010

> Fruit Cocktail

Bahan-Bahan:-

1 tin Fruit Cocktail
1 tin susu cair
1 beg kecil ais
Gula secukup rasa


Cara-cara:-

1. Campurkan fruit cocktail, susu cair dan ais di dalam bekas.
2. Masukkan gula secukup rasa.
3. Sedia untuk diminum.

Walaupun simple je resepinya..tetap sedap
Alhamdulillah abis jugak diminum...
Selamat mencube...!!!!

> Air Asam

Bahan-bahan:-

*10 bji cili api
*3 biji cili merah
*Belacan (sebesar ibu jari) - bakar dulu.
1 labu bawang besar
2 biji tomato
2 sudu kerisik
1/2 cawan air asam jawa
garam (secukup rasa)
 
Bahan yang bertanda * ditumbuk.
 
Cara-cara:-

1. Tumbuk cili api, cili merah dan belacan hingga hancur. 
2. Bawang besar, tomato & cili padi - potong dadu. 
3. Masukkan bahan tumbuk dan bahan yang dipotong dadu dalam satu mangkuk. 
4. Masukkan air asam jawa dan kerisik.
5. Gaul rata dan masukkan garam secukup rasa. Dah boleh makan.. 
 
 Selamat mencube....

Thursday, September 30, 2010

> PUDING ROTI CARAMEL

Bahan A:

1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti

Bahan B:

1 buku roti [10 keping]
1 tin susu cair
1 tin air buah dari fruit cocktal/peach
2 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung kastad

Hiasan:

1 tin buah koktel/peach

Cara:

1. Panaskan kukusan.
2. Gaul rata semua bahan B kecuali fruits cocktal dan tapis.
3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan.
4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis.
5. Kukuskan selama 30 minit.
6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.

Ha ni lah dia rupa Puding Roti Caremel.....


Selamat mencuba semua...!!!!



 
Ni hasil aku buat malam tadi.....mmg sedap...!!!

> Mee Hoon Goreng Lada Hitam

Bahan-bahan ( 1 family )

1 bungkus bihun/mee hoon/mee siam ( Direndam terlebih dahulu )
* 1 biji bawang besar
* 4 ulas bawang putih
* 3-4 sudu besar udang kering ( direndam terlebih dahulu )
( * ) bahan dikisar bersama
1 cawan udang
2 keping tauhu - dipotong dadu ( kecil )
1 paket fish ball dibelah dua
1 1/2 sudu makan lada hitam ( ditumbuk halus ) nk guna serbuk lada hitam pun bole dan pedas ikut suka
3 sudu makan sos tiram
secekak daun sup - (dipotong kecil-kecil)
2 genggam taugeh(xnak letak pun xpe..)
1 batang lobah merah- di hiris memanjang
garam, gula dan bahan perasa secukup rasa
minyak untuk memasak

Cara-cara

1. Panaskan minyak terlebih dahulu setelah panas goreng tauhu terlebih dahulu sehingga kekuningan. ( jgn garing sangat dan ketepikan)
2. masukkan udang kedlm kuali dn masak sehingga kemerahan dan selepas itu masukkan pula bahan kisar dan masak selama 5 minit.
3. Masukkan fish ball, sos tiram, lada hitam dan gula dan gaul sebentar.
4. Masukkan pula mee hoon dan gaul rata sehingga masak. 
5. Masukkan tauhu, daun kucai, taugeh dan lobak merah dan masak sehingga siap. 
6. Akhir sekali masukan garam dan bahan perasa secukup rasa dan sedia untuk di nikmati.

Ha ni lah menu aku malam tadi majlis makan2.......

Selamat Mencuba .........!!!!

Tuesday, September 28, 2010

> Puding Roti Karamel

Bahan-bahan:-

3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
1 sudu esen vanilla

Cara membuat gula hangus.

1. Masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit).
2. Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas).
3. Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.

Cara2nya

1. Panaskan pengukus.
2. Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla.
4. Blend sekejap agar sebati.
5. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.
6. Kukus lebih kurang 30 minit.


Selamat mencuba...!!!!

Saturday, August 14, 2010

> BLUEBERRY CHEESECAKE

Bahan Base
150 gm biskut chipsmore [mesinkan/hancurkan halus]
2 sudu besar butter

Bahan Krim
250 gm cheese cream philidephia
300 ml yogurt [perisa blueberry ]
100 gm gula halus [gula kastor]

Larutan agar-agar cair 
130 ml air
1 sudu besar agar-agar serbuk cap bintang
[jika gunakan brand NONA gunakan 2 sudu besar]

Hiasan
250 gm Filling blueberry
1 s/b air suam

Cara
1. Gaulkan biskut chipsmore dengan butter dan tekankan dalam loyang.
2. Pukul cheese cream dan gula sehingga kembang.
3. Masukkan yogurt dan kacau rata
4. Masukkan larutan agar-agar cair dan kacau sebati.
5. Masukkan dalam loyang. Sejukkan dalam peti sejuk beberapa jam.
6. Keluarkan dan letakkan filling blueberry.
7. Hidangkan.


 Nyumm.....Nyummm

Wednesday, August 11, 2010

> Kerabu Mangga

Bahan-bahan ( 1 family )

350g isi mangga muda-hiris nipis-nipis
4 tbs udang kering-goreng tanpa minyak, blend kering sampai hancur
cili secukupnya
1 biji bawang besar-hiris nipis-nipis
2 tbs kacang tumbuk
1 biji limau nipis-ambil kulit hijau, potong nipis2
sedikit cuka-kalau mangga tak masam ( atau air perahan limau)
garam+gula +perasa secukupnya

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan, gaul rata2.
2. Bila nak makan baru taruk kacang tumbuk.


Selamat mencuba....

Sunday, August 8, 2010

> Kek Lumut

Bahan-bahan : Loyang 9” x 9”
  • 1 ½ gelas tepung gandum (diayak)
  • 8 biji telur A
  • 450 gm mentega Golden Churn
  • 1 gelas gula halus (kisar halus lagi jika suka)
  • 200 gm horlicks
  • Pewarna hijau (Star Brand) - dayang gantikan dgn pes pandan Cap Kopoe-Kopoe
  • 1 tin kecil Seri Kaya
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
  3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
  4. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
  6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
  7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
  8. Kukuskan selama 4 jam. (tambah air panas jika hampir kering)


Kek nie mmg sedap.....

Tuesday, August 3, 2010

> Ikan Masam manis

Bahan-bahan ( 3-5 orang ):-

1 ekor ikan kerapu / ikan bawal
1/2 batang timun dibuang biji
4 keping nenas dipotong dadu
2 biji tomato
3 biji bawang putih
5 sudu makan cili kering / cili boh
6 sudu makan sos tomato
2 sudu sos ikan
1/2 batang lobak merah
2 bji bawang besar
1 tangkai daun sup dan daun ketumbar.

Cara-cara:-

1. Goreng ikan hingga kering,
2. Kemudian tumiskan bawang putih hingga kekuningan.
3. Masukkan pula cili, sos tomato, sos ikan, lobak merah, nenas, timun, bawang, air, gula,garam dan serbuk perasa secukupnya.
4. Kemudian masukkan pula bawang besar dan kacau hingga rata
5. Biar sehingga masak, padam api dapur
6. Tuangkan kuah di atas ikan dan tabur daun sup dan daun ketumbar diatasnya.


Sedia dihidangkan....
Selamat mencuba....!!!!

Friday, July 30, 2010

> Kek Biskut Batik

Bahan-bahan ( loyang 7/8" )

1 bungkus (350g) biskut marie
Setengah buku butter
2 biji telur
1 cwn serbuk koko
1/2 cwn milo
1 cwn air
3/4 cwn gula

** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

Cara-cara:-

1. Patah2kan biskut.
2. Dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
3. Masukkan butter,kacau sampai butter cair
4. Kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
5. Masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
6. Masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang


walaupun simple je resepinya...
tetap sedap......

Thursday, July 29, 2010

> Bihun Sup

Bahan-bahan:-

1 paket mee hoon-rendam sehingga lembut

Bahan-Bahan untuk Sup:-

*1 biji bawang putih
*1 biji bawang merah
Isi ayam-kuantiti ikut suka
15 ekor udang-jgn buang kulit
2 keping fishcake-potong
1 keping tauhu goreng-potong dadu
Sayur sawi & lobak merah
Garam & air secukupnya
1 biji tomato-potong
Minyak utk menumis
1 kiub perasa ayam

Bahan-Bahan untuk Sambal Kicap:-

10 biji cili api
3 ulas bawang putih
Kicap cap kipas udang
** bahan diatas hendaklah ditumbuk**

Cara-cara:-

1. Panaskan periuk dgn sedikit minyak,tumis bahan sup.
2. Masukkan isi ayam,tauhu goreng & fishcake.
3. Masukkan juga garam gaul hingga sebati.
4. Masukkan air secukupnya.
5. Masukkan kiub ayam.
6. Tunggu sehingga mendidih,masukkan udang.tunggu udang masak,masukkan sayur sawi,carrot & juga tomato.
7. Tutup api.
8. Celurkan Bihun yg direndam tadi dgn air panas dan toskan.
9. Tuang sup ke atas bihun dan sedia utk dimakan.

**Bagi yg suka telur,boleh masukkan telur sebiji demi sebiji kedalam kuah sup selepas masukkan udang.
**Bagi yg suka pedas boleh masukkan sedikit lada hitam.
**Bagi sambal kicap, tumbuk cili, bawang putih n masukkan kicap.

 selamat mencuba.....!!!!

Monday, July 12, 2010

> Siakap 3 Rasa

Bahan-bahan ( 1 ekor ikan~sehidangan )

1 kg/seekor Ikan siakap
Daun Ketumbar
Serbuk kunyit secukupnya
Garam secukupnya
Lada boh secukupnya
8 biji lada besar/merah
1 biji bawang putih (dicincang halus)
4 biji bawang merah (dicincang halus)
2 keratan nenas (dipotong dadu)
3 batang serai (di titik)
1 sb tepung jagung

BAHAN SOS (secukupnya)

Sos Ikan
Sos Tiram
Kicap Soya
Garam
gula
Cara-cara
Satukan garam, serbuk kunyit dan cili boh..Sapukan pada ikan sehingga rata.

Cara-caranya:- 

1. Goreng ikan sehingga garing menggunakan api sederhana.
2. Letakkan di atas pinggan kaca bagi peresapan suhu yang sekata.Jadi aroma ikan akan terserlah.Ketepikan
Panaskan kuali...
3. Tumis bawang putih sehingga wangi dan kekuningan.Masukkan bawang merah.
4. Setelah naik bau bawang, masukkan lada merah, goreng seketika.
5. Kemudian masukkan nenas.Kacau sebati.
6. Masukkan 2 cawan air..Masak sehingga mendidih.Setelah mendidih, masukkan bahan sos.
7. Di dalam mangkuk, bancuh tepung jagung dengan air masak (Pastikan air tidak panas bagi mengelakkan bancuhan menjadi berketul-ketul)..
8. Masukkan (6) ke dalam (5).Kacau semua bahan sehingga sebati dan masak.

Siram kuah di atas ikan.Hias dengan daun ketumbar mengikut kreativiti masing².Sedia di hidang.


Friday, June 18, 2010

> Bendi Goreng Belacan

Bahan-Bahan:-
 

Kacang bendi - di cuci terlebih dahulu kemudian di potong menyerong
*Udang kering - di rendam, di toskan dan di tumbuk (rendam dalam air panas yer)
*Cili merah _ 1/2 di tumbuk dan 1/2 di hiris
*Sedikit belacan _ di tumbuk
*Bawang merah
*Bawang putih

Ikan bilis halus
Kicap cair
Garam
Gula
Minyak


Bahan2 yg bertanda * ditumbuk.


Cara-Caranya:
-

1. Panaskan minyak goreng ikan bilis sehingga garing, Angkat ikan bilis dan ketepikan.

2. Dalam kuali yang sama.. Masukkan bhn² yang di tumbuk dan sedikit gula. Tumis sehingga sedikit garing.
3.  Kemudian masukkan bendi dan gaul rata.  

4. Setelah bendi layu.. masukkan garam, kicap cair, cili merah dan ikan bilis goreng. Gaul rata dan angkat.
5. Sedia untuk d hidang



masakan main campak2 je...
selamat mencube..

Saturday, May 29, 2010

> Udang Paprik

Bahan-bahan:-

300gm udang saiz M or L
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang kecil
1 bawang besar - (potong bulat)
1 capsicum merah atau hijau
10 cili api (nak pedas kene la tambah)
5 sudu cili kering yang sudah diblend
2 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
Kicap Manis
Daun limau purut
2 btg serai - dititik Lobak (potong serong)
Cauliflower dan kacang buncis
Garam

Cara-cara:-

1. Tumis bawang putih & bawang merah sampai naik bau.
2. Masuk cili yang sudah diblend, daun limau, dan serai. (boleh tambah air sikit)
3. Masukkan udang and make sure udang tukar colour
4. Masukkan kicap manis,sos tiram,dan sos cili
5. Masukkan lobak,cauliflower dan kacang buncis- kacau rata dengan semua sos
6. Masukkan bawang besar,capsicum dan cili api serta garam - Gaul rata dan rasa


makan kegemaran kami....

> Popia Goreng

Bahan-bahan:-

3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
200 mg isi ayam atau daging
2 biji telur
Taugeh/ Kacang Panjang
Sengkuang
Sayur campur
1 kiub pati ayam
3 sudu besar paste tom yam
Lada sulah
Garam secukup rasa
Kulit popia

Cara-cara:-

1. Bawang besar dan bawang putih dipotong dadu.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau.
3. Masukkan isi ayam/daging dan telur. Gaul hingga sekata.
4. Masukkan kiub pati ayam, paste tom yam dan lada sulah. Masukkan sedikit garam.
5. Masukkan sayur campur dan taugeh/ Kacang panjang dan sengkuang. Kacau hingga sekata.
6. Ambil sekeping kulit popia, letakkan inti dan gulung.
7. Letakkan sedikit air di hujung kulit popia sebagai gam.
8. Buat sehingga habis kulit popia.
9. Goreng popia dalam kuali panas sehingga warna kekuningan.

Sungguh menyelerakan....
Selamat mencuba...!!!!

Friday, May 14, 2010

> Biskut Arab

Bahan
250 gm tepung gandum
125 gm gula halus
125 gm minyak sapi

Caranya:

1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
2. Bentukkan adunan saperi bebola.
3. Masukkan dalam paper-cup dan bakar dalam 180'C selama 20-25 minit.
4. Bila dah sejuk taburkan gula halus.
5. Simpan dalam balang kedap udara.

 

Selamat mencuba....

Sunday, March 7, 2010

> Salam Perkenalan

***SITI'S KITCHEN***


Blog ni tercipta adalah dari idea bersama ct dan hubby.. 
Kami nak share hidangan-hidangan yang terhasil dari dapur kami...
Semoga apa yang kami kongsikan ini akan memberi manfaat kepada semua yang membaca blog ini..
Mari kita sama2 kongsi ilmu..
ct xsuke simpan ilmu sorang2..hihihi
doakan ct dipermudahkan rezeki selalu....
 
Selamat mencuba...!!!

Anniversary Siti's Kitchen

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...