Pages

Thursday, July 29, 2010

> Bihun Sup

Bahan-bahan:-

1 paket mee hoon-rendam sehingga lembut

Bahan-Bahan untuk Sup:-

*1 biji bawang putih
*1 biji bawang merah
Isi ayam-kuantiti ikut suka
15 ekor udang-jgn buang kulit
2 keping fishcake-potong
1 keping tauhu goreng-potong dadu
Sayur sawi & lobak merah
Garam & air secukupnya
1 biji tomato-potong
Minyak utk menumis
1 kiub perasa ayam

Bahan-Bahan untuk Sambal Kicap:-

10 biji cili api
3 ulas bawang putih
Kicap cap kipas udang
** bahan diatas hendaklah ditumbuk**

Cara-cara:-

1. Panaskan periuk dgn sedikit minyak,tumis bahan sup.
2. Masukkan isi ayam,tauhu goreng & fishcake.
3. Masukkan juga garam gaul hingga sebati.
4. Masukkan air secukupnya.
5. Masukkan kiub ayam.
6. Tunggu sehingga mendidih,masukkan udang.tunggu udang masak,masukkan sayur sawi,carrot & juga tomato.
7. Tutup api.
8. Celurkan Bihun yg direndam tadi dgn air panas dan toskan.
9. Tuang sup ke atas bihun dan sedia utk dimakan.

**Bagi yg suka telur,boleh masukkan telur sebiji demi sebiji kedalam kuah sup selepas masukkan udang.
**Bagi yg suka pedas boleh masukkan sedikit lada hitam.
**Bagi sambal kicap, tumbuk cili, bawang putih n masukkan kicap.

 selamat mencuba.....!!!!

Anniversary Siti's Kitchen

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...