Pages

Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Tuesday, September 20, 2011

-Black Pepper Honey Chicken

BAHAB-BAHAN

( untuk 1 ekor ayam )
* 1 ekor ayam dibersihkan..Nak potong boleh nak biar sekor pun boleh
* 2 sb Jintan Putih ( disangai tanpa minyak)
* 2sb Jintan Manis ( disangai tanpa minyak)
* 2 sb Lada hitam ( bleh lebih kalau nak pedas)
* 4 ulas bawang putih
* 2 ulas bawang merah
* 1 inchi halia
* 2 batang serai
* Madu, Kicap Manis, Sos Tiram, Garam dan gula secukupnya

CARA-CARA

1. Tumbuk jintan putih, jintan manis dan lada hitam hingga lumat
2. Masukkan bawang putih, bawang merah, halia dan serai. Tumbuk sehingga lumat
3. Masukkan madu,kicap,sos tiram, garam dan gula..gaul2 dalam lesung tadi.
4. Lumur bahan2 nie pada ayam dan perap selama yang boleh
5. Bakar dalam oven bersuhu 180-220 selama 40-60 minit....Ikut kesesuaian oven anda.

Tips 1:- Kalau nak ayam yg berminyak sikit..boleh masukkan 1-2 sudu minyak masak/minyak zaitun dalam adunan perap tadi.

Tips 2:- Sedap di makan dgn sos lada hitam.


nilah hasilnya......
terima kasih pada tuan punya resepi....... ^_^

Thursday, July 28, 2011

> Ayam Panggang Sambal Serai.

Bahan2nya

4 keping peha ayam - saiz sederhana
*4 batang serai
*2 inci halia
*3 ulas bawang putih
*4 sudu besar cili kisar

1 sudu besar serbuk kunyit
Garam & gula secukup rasa
1 biji bawang besar  - di potong dadu.
Minyak masak.


Bahan di atas yg bertanda nie * dikisar

Cara-caranya.


1.Gaulkan ayam bersama kunyit dan garam. 
2.Panaskan sedikit minyak dikuali. Tumis bawang besar, Bila dah kekuningan masukan bahan2 yang di kisar tadi.
3.Bila sambal serai sudah pecah minyak letakan garam & gula secukup rasa. 
4.Masukan ayam dalam kuali, gaulkan rata2. Kecilkan api dan tutup kuali. Biarkan ia berwap dan masak selama 10minit.Balikkan ayam selepas itu. 
5.Angkat ayam dan letakkan ke dulang yang sudah di selaput dengan aluminium foil, untuk di panggang. 
6.Tuangkan sambal serai diatas ayam. 
7.Panaskan oven ke paras 160C,Masukkan ayam dalam oven selama 15 to 20minit hingga masak.
  
Taraaa.....sudah siap..mkn ngan nasi panas2 lagi sedap..

Selamat Mencube.....

Thanks pada tuan punya resepi.....

 

Anniversary Siti's Kitchen

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...