Pages

Tuesday, August 9, 2011

> Kerabu Sotong

Bahan-bahan ( 1 keluarga )

1 mangkok Sotong
2 biji limau nipis
Daun ketumbar
1-2 bawang besar
3 sudu besar fish sauce
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam (ikut rasa)
5-10 Cili padi (ikut rasa)
1 bijik tomato

Cara-cara

1. Bersihkan sotong.
2. Potong bulat2, masukkan kedalam bowl. then tarukkan boiling water dlm bowl. rendam selama 5min..so sotong tu masih lembut. separuh masak
3. Potong cili, daun ketumbar(segenggam), bawang besar.
4. Campur semua bahan..dan rasa....

** jangan lupa sejat sotong..buang air...

 

Nyummm....Nyummm...

> Tepung Pelita

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas ):-

1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara:-

1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
7. Sejukkan


 kuih kegemaran Hubby ct....
selamat mencube....!!!

Friday, August 5, 2011

> Kek Coklat Kukus

Bahan-Bahan:

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur

Cara-cara :

1. Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.
2. Tepung,soda dan baking powder di ayak satu.
3. Telur dipukul kembang dan dicampur dng campuran koko tadi.
4. Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik.
5. Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.
6. Kukus salama 1 jam @ 45' baru angkat dan sejuk kan


nie resepi ke-2 yg ct dapat....
yg macam nie pun sedap sgt2....
Tq.....tuan resepi..

Selamat mencube...!!!

> Murtabak Maggie

Bahan-Bahan:-

4 Bungkus mee maggie
3 bungkus perisa maggie
7 biji telur
2 biji kentang 
1 tin besar sardin (cap ape2 pun boleh)
*1 biji bawang besar
*2 ulas lada besar (nak pedas guna cili api)
Daun sup (hiris halus2)


Cara-caranya:-

1. Rebuskan mee maggie dan toskan.
2. Rebus kentang sehingga empuk dan lenyek2.
3. Potong dadu semua bahan yang bertanda *
4. Campurkan semua bahan gaul sehingga sebati.
5. Goreng menggunakan minyak sikit dan api sederhana.

selamat menjamu selera....

Wednesday, August 3, 2011

> Kuih Ketayap

Bahan-bahan ( 3-5 orang ):-

Buat kulit 
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan (boleh diganti dgn fresh milk)
1 1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak
Beberapa titik pewarna hijau

Buat inti
1/2 biji kelapa parut
3/4 cawan gula merah (boleh dikurangkan)
1 helai daun pandan

Cara-cara:-

Untuk Buat Inti:-
1. Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
2. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit.
3. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat dan buang daun pandan tadi.

Untuk buat kulit:-
1. Kelapa parut tadi di blend dengan daun pandan dan perah, ambil patinya.
2. Jika u all guna santan segera, just blend dengan daun pandan dan tapis.
3. Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan yang telah di blend dengan daun pandan tadi dan kacau sehingga sebati.
4. Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. Jika u all nak warna original ketayap tak payah guna pencelup, sebab warna daun pandan tadi akan membuat adunan tadi warna hijau, jika u all nak tambahkan sedikit lagi perwarna, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan anda.
5.Panaskan kuali leper, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat.
6. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung.

**Cara gulung:- lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis.


 Selamat mencuba.....

> Agar-Agar Lumut

Bahan-Bahannya:-

1 peket agar-agar
Air - smp tenggelam agar-agar
1 cwn gula pasir (kalau manis blh kurang kan gula @ nak manis tambah lah sukatannya)
3 helai daun pandan
1 biji telur ayam
2 cwn santan pekat
sedikit pewarna hijau (kalau x bubuh pun xpe)

Cara-cara:-

1. Rendam sekejap agar-agar lepas tu masukkan ke dalam periuk yg di isi air.
2. Masukkan gula pasir, biarkan menggelegak sampai agar-agar betul-betul hancur.
3. Dalam bekas yg lain, kocak telur ayam (macam nak wat telur dadar)
4. Daun pandan & kelapa parut di blend sampai hancur kemudian tapis.
5. Masukkan adunan tu ke dalam agar-agar tadi. @ pewarna hijau.
6. kacau mesra sampai agar2 pekat.
5. Tunggu sampai menggelegak (sekali sahaja) dan pindahkan ke loyang.

*Tips : pastikan anda kocok/ timbuk semasa memasukkan telur ke dalam agar2, kalau tidak lumut tidak menjadi. 


Selamat mencuba.... 

Monday, August 1, 2011

> Ayam Paprik

Bahan-bahan ( 2 orang ):-

1/2 ekor ayam

Bahan kisar
1 inci kunyit
2 batang serai
10 biji cili padi
3-4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
sedikit belacan

Bahan hias 
4 helai daun limau purut
1/2 biji bawang besar dihiris nipis
Lobak, putik jagung, Kubis bunga n sayur yg korang suka
sedikit garam, gula dan perisa
1 keping asam keping

Cara-cara:-

1. Bersih ayam dan potong kecik-kecik.
2. Lumurkan dengan sedikit garam.
3. Goreng ayam sehingga separuh masak
4. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga garing
5. Masukkan ayam, asam keping, daun limau purut, bawang besar, garam, gula, sayur campur dan perisa serta sedikit air.
6. Masak sehingga ayam masak sepenuhnya

** kalau nak kuah lebih tambahkan air..


Anniversary Siti's Kitchen

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...