Pages

Thursday, August 9, 2012

> My Blog Siti'c Kitchen


♥♥ ASSALAMMUALAIKUM ♥♥

THANKS pada semua yang sudi join blogger ct ini..... 
Blog ini adalah tempat untuk
berkongsi ilmu ...
Lebih kepada Masakan ct
dan juga CERITA² yang berkaitan dengan masakan sahaja..
tidak terlibat dengan sesiapa yang lain 
KECUALI dinyatakan....

Jutaan Terima kasih juga di ucapkan kepada
semua yang sudi singgah di
BLOG yang tak seberapa ini....
Selalu2 laaaaaaaaa 
singgah lagi....



***Sesiapa yang nak KOMEN or CADANGAN dialu2kan..***

Monday, October 24, 2011

-Agar-Agar Lumut Coklat

BAHAN-BAHAN

- 45 g agar2 tali, kerat dan rendam dengan 1.5 liter air selama 15 minit (siti tak rendam pun, hehehe..nak cepat)
- 100 g gula Melaka, potong kecil
- 3/4 cawan gula pasir
- 2 helai daun pandan, disimpul
- 1/4 pewarna coklat (jika suka)
- 500 ml pati santan
* 1 biji telur
* 1 camca teh esen vanilla
* Secubit garam
( Satukan dan pukul rata bahan bertanda * dengan whisk)

CARA -CARA

1. Jerang agar2 bersama daun pandan, gula melaka dan gula pasir hingga agar2 larut.
2. Tapis bancuhan ke dalam periuk lain. Biar mendidih.
3. Masukkan bancuhan santan tadi dan masak hingga mendidih dan kelihatan seakan berbiji2.
4. Matikan api dan tuang dalam bekas yang sesuai.
5. Biarkan sejuk dan betul2 keras sebelum dipotong. Lagi sedap kalau dihidangkan sejuk.....

 

Terima Kasih.....

-Kuah Kacang berdaging

BAHAN-BAHAN

*1/2 kilo daging lembu yg berlemak dipotong kecil
*2 batang serai
*7 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1/2 inc halia
*1/2 inc kunyit hidup
*1 inc lengkuas
(bahan-bahan (*) semuanya dikisar halus)

-15 tangkai cili kering dikisar bersama 1 inc belacan
-2 cawan kacang tanah digoreng tanpa minyak, buang kulit & ditumbuk kasar, kalau suka boleh campur dengan kacang gajus
-5 sudu besar gula merah
-1 sudu besar gula pasir
-1 cawan air asam jawa
-1 cawan santan
-Garam secukup rasa
-Minyak untuk menumis
-1 batang serai diketuk

CARA-CARA

1. Bersihkan daging berlemak yang telah dipotong kecil.
2. Panaskan minyak & tumis semua bahan kisar(tak termasuk cili kering) sehingga naik bau...Dah naik bau baru masukkan cili kering kisar & serai yg diketuk..kacau2 & biar hingga pecah minyak.
3. Masukkan daging berlemak & kacau sebati
4. Masukkan 1 cwn santan & kacang tanah yg dah ditumbuk kasar...kacau2 & biar mendidih atau hingga daging empuk.
5. Masukkan air asam jawa, gula merah, gula putih & garam secukup rasa..jika terlalu pekat tambah air atau santan cair ....perlahankan api & kacau2 sehingga mendidih
6. Rasa masin, manis & masamnya, jika kurang tambahkan mengikut kehendak.

......Dah siap!!!!  boleh la hidang dengan nasi himpit



Tuesday, September 20, 2011

-Black Pepper Honey Chicken

BAHAB-BAHAN

( untuk 1 ekor ayam )
* 1 ekor ayam dibersihkan..Nak potong boleh nak biar sekor pun boleh
* 2 sb Jintan Putih ( disangai tanpa minyak)
* 2sb Jintan Manis ( disangai tanpa minyak)
* 2 sb Lada hitam ( bleh lebih kalau nak pedas)
* 4 ulas bawang putih
* 2 ulas bawang merah
* 1 inchi halia
* 2 batang serai
* Madu, Kicap Manis, Sos Tiram, Garam dan gula secukupnya

CARA-CARA

1. Tumbuk jintan putih, jintan manis dan lada hitam hingga lumat
2. Masukkan bawang putih, bawang merah, halia dan serai. Tumbuk sehingga lumat
3. Masukkan madu,kicap,sos tiram, garam dan gula..gaul2 dalam lesung tadi.
4. Lumur bahan2 nie pada ayam dan perap selama yang boleh
5. Bakar dalam oven bersuhu 180-220 selama 40-60 minit....Ikut kesesuaian oven anda.

Tips 1:- Kalau nak ayam yg berminyak sikit..boleh masukkan 1-2 sudu minyak masak/minyak zaitun dalam adunan perap tadi.

Tips 2:- Sedap di makan dgn sos lada hitam.


nilah hasilnya......
terima kasih pada tuan punya resepi....... ^_^

Tuesday, August 9, 2011

> Kerabu Sotong

Bahan-bahan ( 1 keluarga )

1 mangkok Sotong
2 biji limau nipis
Daun ketumbar
1-2 bawang besar
3 sudu besar fish sauce
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam (ikut rasa)
5-10 Cili padi (ikut rasa)
1 bijik tomato

Cara-cara

1. Bersihkan sotong.
2. Potong bulat2, masukkan kedalam bowl. then tarukkan boiling water dlm bowl. rendam selama 5min..so sotong tu masih lembut. separuh masak
3. Potong cili, daun ketumbar(segenggam), bawang besar.
4. Campur semua bahan..dan rasa....

** jangan lupa sejat sotong..buang air...

 

Nyummm....Nyummm...

> Tepung Pelita

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas ):-

1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara:-

1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
7. Sejukkan


 kuih kegemaran Hubby ct....
selamat mencube....!!!

Friday, August 5, 2011

> Kek Coklat Kukus

Bahan-Bahan:

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur

Cara-cara :

1. Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.
2. Tepung,soda dan baking powder di ayak satu.
3. Telur dipukul kembang dan dicampur dng campuran koko tadi.
4. Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik.
5. Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.
6. Kukus salama 1 jam @ 45' baru angkat dan sejuk kan


nie resepi ke-2 yg ct dapat....
yg macam nie pun sedap sgt2....
Tq.....tuan resepi..

Selamat mencube...!!!

Anniversary Siti's Kitchen

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...