Pages

Showing posts with label Puding. Show all posts
Showing posts with label Puding. Show all posts

Thursday, September 30, 2010

> PUDING ROTI CARAMEL

Bahan A:

1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti

Bahan B:

1 buku roti [10 keping]
1 tin susu cair
1 tin air buah dari fruit cocktal/peach
2 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung kastad

Hiasan:

1 tin buah koktel/peach

Cara:

1. Panaskan kukusan.
2. Gaul rata semua bahan B kecuali fruits cocktal dan tapis.
3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan.
4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis.
5. Kukuskan selama 30 minit.
6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.

Ha ni lah dia rupa Puding Roti Caremel.....


Selamat mencuba semua...!!!!



 
Ni hasil aku buat malam tadi.....mmg sedap...!!!

Tuesday, September 28, 2010

> Puding Roti Karamel

Bahan-bahan:-

3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
1 sudu esen vanilla

Cara membuat gula hangus.

1. Masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit).
2. Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas).
3. Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.

Cara2nya

1. Panaskan pengukus.
2. Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla.
4. Blend sekejap agar sebati.
5. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.
6. Kukus lebih kurang 30 minit.


Selamat mencuba...!!!!

Anniversary Siti's Kitchen

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...