Pages

Saturday, January 29, 2011

> Bubur Pulut Hitam

Bahan-bahan:-

300 gm Pulut Hitam
1 ketul gula melaka/anau (ikut saiz-ikut suka)
1 tin santan
1/2 cawan gula pasir
daun pandan (kalau ada)
segenggam sagu (kalau suka)
susu segar
sedikit garam (hujung sudu kecil)

Cara-cara:-

1. Rendam pulut hitam semalaman.
2. Bersihkan pulut dengan menyiram di dalam bekas berlubang.
3. Masukkan dalam periuk, masukkan air lebihkan 2-3 inchi dari pulut. Masak hingga rasa masak.
4. Masukkan daun pandan yang disimpul.
5. Masukkan gula melaka/anau dan gula mengikut suka manis masing-masing.
6. Masak sagu dalam microwave 2 minit, tambahkan ke dalam periuk. (atau mungkin boleh terus masuk dalam periuk)
7. Akhir sekali, masukkan santan 1 tin. Sentiasa kacau sehingga mendidih dan likat.
8. Tambah susu segar sedikit semasa makan kalau terlebih pekat, anda boleh tambah susu segar .


nyummm...nyummmm

Anniversary Siti's Kitchen

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...