Pages

Saturday, July 30, 2011

> Kek Coklat

Bahan A
220 gm tepung gandum
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
50 gm serbuk koko
180 gm gula perang

Bahan B
2 biji telur
1 s/k esen vanila

Bahan C
200 ml susu cair atau susu segar
200 ml minyak mazola atau minyak sayuran biasa
200 mi air panas

Cara

1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata.
2. Pukul Bahan B dalam mangkuk berasingan. Masukkan dalam mangkuk bahan A. Kacau rata.
3. Masukkan Bahan C dalam adunan bahan A. Kacau rata.
4. Panaskan kukusan dan lapikkan kertas minyak dalam loyang 8 x 8 inci.
5. Masukkan adunan dalam loyang dan kukuskan selama 1 jam dgn api sederhana. Lapkan tudung kukusan sebelum tutup semula.
6. Bila telah masak buka tudung kukusan perlahan supaya air tidak menitik keatas kek.
7. Hiaskan dengan cream coklat.


Cream Coklat


Bahan

300 gm coklat masakan [potong kecil]
50 gm fresh cream

Cara.

1. Panaskan coklat didalam periuk secara double boiling.
2. Bila nampak coklat hampir cair tutup api.
3. Masukkan fresh cream dan kacau sebati sehingga agak sejuk
4. Bila dah hampir sejuk tuangkan atas kek dan hiaskan mengikut kesukaan sendiri. 



Selamat mencuba....

> Kek Coklat

Bahan-Bahanya:-

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
2 biji telur
1 sudu teh soda
1 cawan air panas
1 sudu teh esen vanila

Cara-caranya:-

1) Tepung + koko + soda diayak
2) Gula + susu pukul kembang
3) Masukkan telur dan pukul lagi
4) Masukkan minyak dan vanilla kacau sebati
5) Masuk bahan yang telah diayak sedikit-sedikit + kacau rata
6) Akhir sekali masuk air panas
7) Kukus selama 40 minit


Nyummm...nyummmm
Inilah hasilnya......

Thursday, July 28, 2011

> Ayam Panggang Sambal Serai.

Bahan2nya

4 keping peha ayam - saiz sederhana
*4 batang serai
*2 inci halia
*3 ulas bawang putih
*4 sudu besar cili kisar

1 sudu besar serbuk kunyit
Garam & gula secukup rasa
1 biji bawang besar  - di potong dadu.
Minyak masak.


Bahan di atas yg bertanda nie * dikisar

Cara-caranya.


1.Gaulkan ayam bersama kunyit dan garam. 
2.Panaskan sedikit minyak dikuali. Tumis bawang besar, Bila dah kekuningan masukan bahan2 yang di kisar tadi.
3.Bila sambal serai sudah pecah minyak letakan garam & gula secukup rasa. 
4.Masukan ayam dalam kuali, gaulkan rata2. Kecilkan api dan tutup kuali. Biarkan ia berwap dan masak selama 10minit.Balikkan ayam selepas itu. 
5.Angkat ayam dan letakkan ke dulang yang sudah di selaput dengan aluminium foil, untuk di panggang. 
6.Tuangkan sambal serai diatas ayam. 
7.Panaskan oven ke paras 160C,Masukkan ayam dalam oven selama 15 to 20minit hingga masak.
  
Taraaa.....sudah siap..mkn ngan nasi panas2 lagi sedap..

Selamat Mencube.....

Thanks pada tuan punya resepi.....

 

Monday, July 25, 2011

> BLUEBERRY CHEESE CAKE

Bahan-bahan A: 
250 gm biskut Digestives (M'vities) - lebih kurang 200g
125 gm buttercup - letak 100g

Bahan-bahan B:
200 ml krim putar(whipping cream)
250 gm krim keju (cheese cream)
165 gm gula kastor - letak 150g
1 sudu besar jus lemon- 2 sb

2 biji telur
200ml fresh cream/ plain yogurt
4 sudu tepung gandum

Bahan-bahan C: (yg nie ct xletak pun...)
15 gm gelatin halal
100ml air
- campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 minit

Topping
 

Blueberry topping secukupnyer
Jus lemon
Gula caster
Sedikit air

Cara-cara

1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci. 

2. Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata. 
3. Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras. (bila dah keras tekan lagi bagi padat..)
4. Pukul krim putar (whipping cream) sehingga pekat dan gebu dan ketepikan. 
5. Pukul krim keju (cheese cream) bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan bahan B dan gelatin gaul lagi sehingga sebati.
6. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar (whipping cream) tadi dan gaul rata.
7. Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan 1/3 adunan krim cheese (whipping cream) td keatas adunan biskut.Ratakan dan letakkan buah strawberry.(jika ada la yea..)
8. Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis. 
9. Masukkan dalam oven bakar dengan suhu 150'C..selame 60 minit..

Buat topping dgn mencampurkan bhn topping semua sekali, apabila telah mendidih,tutup api. Sejukkan.Tuangkan kuah topping hingga habis.


**teknik water bath..dulang tue korang isi dengan air agak2 ler jangan penuh sgt.. pakai api ats bawah, letak tray bawah sekali..bawah loyang 2 kene balut ngan Aluminium Foil..**

** sebelum tekan biskut dalam loyang kene letak kertas minyak dulu tau...kalau x susah nak kuarkan nanti..**


Ini lah hasilnya....
Selamat mencube semua...!!!

Wednesday, July 20, 2011

> Udang Masak Tempoyak

Bahan-bahan:-
 
15-20 ekor udang sedehana besar
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
6 biji cili padi (kalau nk pedas boleh tambah ikut kesukaan)
3 sudu makan tempoyak
1 helai daun kunyit
sedikit serbuk kunyit/ kunyit hidup
garam & gula

Cara-cara:-

1. Tumbuk bawang putih + bawang merah + cili padi
2. Masukkan bahan tumbuk dan serbuk kunyit ke dalam air. Biarkn mendidih.
3. Kemudian, masukkan tempoyak, garam dan gula. Sesuaikn rasa dan biarkn mendidih seketika lagi
4. Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan udang dan biarkn mendidih seketika dan boleh la tutup api...
5. Sedia untuk dihidangkan.....

Note: kalau nk kuah banyak, boleh la tmbh air lagi... ikut kesukaan masing2...


lauk kegemaran suami ct..
selamat mencuba..!!!!

Anniversary Siti's Kitchen

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...