4 keping peha ayam - saiz sederhana
*4 batang serai
*2 inci halia
*3 ulas bawang putih
*4 sudu besar cili kisar
1 sudu besar serbuk kunyit
Garam & gula secukup rasa
1 biji bawang besar - di potong dadu.
Minyak masak.
Bahan di atas yg bertanda nie * dikisar
Cara-caranya.
1.Gaulkan ayam bersama kunyit dan garam.
2.Panaskan sedikit minyak dikuali. Tumis bawang besar, Bila dah kekuningan masukan bahan2 yang di kisar tadi.
3.Bila sambal serai sudah pecah minyak letakan garam & gula secukup rasa.
4.Masukan ayam dalam kuali, gaulkan rata2. Kecilkan api dan tutup kuali. Biarkan ia berwap dan masak selama 10minit.Balikkan ayam selepas itu.
5.Angkat ayam dan letakkan ke dulang yang sudah di selaput dengan aluminium foil, untuk di panggang.
6.Tuangkan sambal serai diatas ayam.
7.Panaskan oven ke paras 160C,Masukkan ayam dalam oven selama 15 to 20minit hingga masak.
Taraaa.....sudah siap..mkn ngan nasi panas2 lagi sedap..
Selamat Mencube.....
Thanks pada tuan punya resepi.....