Pages

Friday, July 30, 2010

> Kek Biskut Batik

Bahan-bahan ( loyang 7/8" )

1 bungkus (350g) biskut marie
Setengah buku butter
2 biji telur
1 cwn serbuk koko
1/2 cwn milo
1 cwn air
3/4 cwn gula

** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

Cara-cara:-

1. Patah2kan biskut.
2. Dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
3. Masukkan butter,kacau sampai butter cair
4. Kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
5. Masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
6. Masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang


walaupun simple je resepinya...
tetap sedap......

Thursday, July 29, 2010

> Bihun Sup

Bahan-bahan:-

1 paket mee hoon-rendam sehingga lembut

Bahan-Bahan untuk Sup:-

*1 biji bawang putih
*1 biji bawang merah
Isi ayam-kuantiti ikut suka
15 ekor udang-jgn buang kulit
2 keping fishcake-potong
1 keping tauhu goreng-potong dadu
Sayur sawi & lobak merah
Garam & air secukupnya
1 biji tomato-potong
Minyak utk menumis
1 kiub perasa ayam

Bahan-Bahan untuk Sambal Kicap:-

10 biji cili api
3 ulas bawang putih
Kicap cap kipas udang
** bahan diatas hendaklah ditumbuk**

Cara-cara:-

1. Panaskan periuk dgn sedikit minyak,tumis bahan sup.
2. Masukkan isi ayam,tauhu goreng & fishcake.
3. Masukkan juga garam gaul hingga sebati.
4. Masukkan air secukupnya.
5. Masukkan kiub ayam.
6. Tunggu sehingga mendidih,masukkan udang.tunggu udang masak,masukkan sayur sawi,carrot & juga tomato.
7. Tutup api.
8. Celurkan Bihun yg direndam tadi dgn air panas dan toskan.
9. Tuang sup ke atas bihun dan sedia utk dimakan.

**Bagi yg suka telur,boleh masukkan telur sebiji demi sebiji kedalam kuah sup selepas masukkan udang.
**Bagi yg suka pedas boleh masukkan sedikit lada hitam.
**Bagi sambal kicap, tumbuk cili, bawang putih n masukkan kicap.

 selamat mencuba.....!!!!

Monday, July 12, 2010

> Siakap 3 Rasa

Bahan-bahan ( 1 ekor ikan~sehidangan )

1 kg/seekor Ikan siakap
Daun Ketumbar
Serbuk kunyit secukupnya
Garam secukupnya
Lada boh secukupnya
8 biji lada besar/merah
1 biji bawang putih (dicincang halus)
4 biji bawang merah (dicincang halus)
2 keratan nenas (dipotong dadu)
3 batang serai (di titik)
1 sb tepung jagung

BAHAN SOS (secukupnya)

Sos Ikan
Sos Tiram
Kicap Soya
Garam
gula
Cara-cara
Satukan garam, serbuk kunyit dan cili boh..Sapukan pada ikan sehingga rata.

Cara-caranya:- 

1. Goreng ikan sehingga garing menggunakan api sederhana.
2. Letakkan di atas pinggan kaca bagi peresapan suhu yang sekata.Jadi aroma ikan akan terserlah.Ketepikan
Panaskan kuali...
3. Tumis bawang putih sehingga wangi dan kekuningan.Masukkan bawang merah.
4. Setelah naik bau bawang, masukkan lada merah, goreng seketika.
5. Kemudian masukkan nenas.Kacau sebati.
6. Masukkan 2 cawan air..Masak sehingga mendidih.Setelah mendidih, masukkan bahan sos.
7. Di dalam mangkuk, bancuh tepung jagung dengan air masak (Pastikan air tidak panas bagi mengelakkan bancuhan menjadi berketul-ketul)..
8. Masukkan (6) ke dalam (5).Kacau semua bahan sehingga sebati dan masak.

Siram kuah di atas ikan.Hias dengan daun ketumbar mengikut kreativiti masing².Sedia di hidang.


Anniversary Siti's Kitchen

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...