Pages

Showing posts with label Bubur. Show all posts
Showing posts with label Bubur. Show all posts

Tuesday, April 12, 2011

> Bubur Nasi

Bahan-bahan:-

1 pot beras
1 kiub pati ayam
5 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
daun bawang dan daun sup dihiris
lobak merah dipotong dadu
3 keping fishcake (dihiris nipis)
1 peket fishball dibelah dua
garam secukup rasa
sedikit serbuk sup

Cara-cara:-

1. Masukkan beras ke dalam periuk sederhana besar dan bersihkan.
2. Kemudian masukkan air sehingga penuh periuk dan didihkan
3. Masukkan kiub pati ayam ke dalam periuk dan biarkan sampai beras mula mengembang.
4. Setelah beras mula mengembang, masukkan lobak merah dan kacau.
5. Kemudian masukkan kepingan fishcake yg telah dihiris bersama fishball yang telah dipotong dua.
6. Perlahankan api dan masukkan garam secukup rasa.
7. Di dalam kuali yang berasingan, masukkan sedikit minyak dan biarkan panas dengan api yang perlahan.
8. Goreng bawang merah yg telah dihiris sehingga garing kemudian masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk serta sedikit serbuk sup..
9. Masukkan daun sup dan daun bawang yang telah dihiris kemudian gaul rata
10. Tuangkan bahan yang telah ditumis tadi ke dalam periuk bubur dan digaul rata.
11. Sedia untuk dihidang.


time demam2 sedap mkn bubur nie....

Sunday, March 6, 2011

> Bubur Cha Cha

Bahan-bahan:- (4 orang makan )

2 cawan bubur cacar
500 ml santan
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
1/2 cwn gula merah/anau

Cara-cara:-

1. Basuh bubur cacar/chacha sehingga bersih dan direbus sehingga empuk.
2. Panaskan santan dengan api yang sederhana agar santan tidak pecah minyak
3. Masukkan bubur cacar/chacha yang sudah empuk, gula, gula merah/anau dan daun pandan (simpulkan daun pandan terlebih dahulu)
4. Masak bubur cacar/chacha sehingga pekat

**sukatan santan dan gula boleh ditambah atau dikurang mengikut selera anda**


Selamat menjamu selera...

Saturday, January 29, 2011

> Bubur Pulut Hitam

Bahan-bahan:-

300 gm Pulut Hitam
1 ketul gula melaka/anau (ikut saiz-ikut suka)
1 tin santan
1/2 cawan gula pasir
daun pandan (kalau ada)
segenggam sagu (kalau suka)
susu segar
sedikit garam (hujung sudu kecil)

Cara-cara:-

1. Rendam pulut hitam semalaman.
2. Bersihkan pulut dengan menyiram di dalam bekas berlubang.
3. Masukkan dalam periuk, masukkan air lebihkan 2-3 inchi dari pulut. Masak hingga rasa masak.
4. Masukkan daun pandan yang disimpul.
5. Masukkan gula melaka/anau dan gula mengikut suka manis masing-masing.
6. Masak sagu dalam microwave 2 minit, tambahkan ke dalam periuk. (atau mungkin boleh terus masuk dalam periuk)
7. Akhir sekali, masukkan santan 1 tin. Sentiasa kacau sehingga mendidih dan likat.
8. Tambah susu segar sedikit semasa makan kalau terlebih pekat, anda boleh tambah susu segar .


nyummm...nyummmm

Anniversary Siti's Kitchen

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...