Pages

Showing posts with label Bihun. Show all posts
Showing posts with label Bihun. Show all posts

Thursday, September 30, 2010

> Mee Hoon Goreng Lada Hitam

Bahan-bahan ( 1 family )

1 bungkus bihun/mee hoon/mee siam ( Direndam terlebih dahulu )
* 1 biji bawang besar
* 4 ulas bawang putih
* 3-4 sudu besar udang kering ( direndam terlebih dahulu )
( * ) bahan dikisar bersama
1 cawan udang
2 keping tauhu - dipotong dadu ( kecil )
1 paket fish ball dibelah dua
1 1/2 sudu makan lada hitam ( ditumbuk halus ) nk guna serbuk lada hitam pun bole dan pedas ikut suka
3 sudu makan sos tiram
secekak daun sup - (dipotong kecil-kecil)
2 genggam taugeh(xnak letak pun xpe..)
1 batang lobah merah- di hiris memanjang
garam, gula dan bahan perasa secukup rasa
minyak untuk memasak

Cara-cara

1. Panaskan minyak terlebih dahulu setelah panas goreng tauhu terlebih dahulu sehingga kekuningan. ( jgn garing sangat dan ketepikan)
2. masukkan udang kedlm kuali dn masak sehingga kemerahan dan selepas itu masukkan pula bahan kisar dan masak selama 5 minit.
3. Masukkan fish ball, sos tiram, lada hitam dan gula dan gaul sebentar.
4. Masukkan pula mee hoon dan gaul rata sehingga masak. 
5. Masukkan tauhu, daun kucai, taugeh dan lobak merah dan masak sehingga siap. 
6. Akhir sekali masukan garam dan bahan perasa secukup rasa dan sedia untuk di nikmati.

Ha ni lah menu aku malam tadi majlis makan2.......

Selamat Mencuba .........!!!!

Thursday, July 29, 2010

> Bihun Sup

Bahan-bahan:-

1 paket mee hoon-rendam sehingga lembut

Bahan-Bahan untuk Sup:-

*1 biji bawang putih
*1 biji bawang merah
Isi ayam-kuantiti ikut suka
15 ekor udang-jgn buang kulit
2 keping fishcake-potong
1 keping tauhu goreng-potong dadu
Sayur sawi & lobak merah
Garam & air secukupnya
1 biji tomato-potong
Minyak utk menumis
1 kiub perasa ayam

Bahan-Bahan untuk Sambal Kicap:-

10 biji cili api
3 ulas bawang putih
Kicap cap kipas udang
** bahan diatas hendaklah ditumbuk**

Cara-cara:-

1. Panaskan periuk dgn sedikit minyak,tumis bahan sup.
2. Masukkan isi ayam,tauhu goreng & fishcake.
3. Masukkan juga garam gaul hingga sebati.
4. Masukkan air secukupnya.
5. Masukkan kiub ayam.
6. Tunggu sehingga mendidih,masukkan udang.tunggu udang masak,masukkan sayur sawi,carrot & juga tomato.
7. Tutup api.
8. Celurkan Bihun yg direndam tadi dgn air panas dan toskan.
9. Tuang sup ke atas bihun dan sedia utk dimakan.

**Bagi yg suka telur,boleh masukkan telur sebiji demi sebiji kedalam kuah sup selepas masukkan udang.
**Bagi yg suka pedas boleh masukkan sedikit lada hitam.
**Bagi sambal kicap, tumbuk cili, bawang putih n masukkan kicap.

 selamat mencuba.....!!!!

Anniversary Siti's Kitchen

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...