bahan-bahan : loyang 8 x 4.5 x 4.5
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan nestum yang sudah dikisar dan sekali ayak
- 1 sk baking powder
- 250 g mentega
- 5 biji telur A (asingkan putih dan kuningnya)
- 80 g gula kastor
- 1/4 cawan susu pekat manis
- 150 g coklat Cadbury / Milk Roundies
- 1 sk esen vanilla
- pes pandan/pewarna hijau dan pes strawberi /pewarna merah
Cara-cara :
- Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Balutkan penutup kukusan dengan tuala. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega. Ayakkan tepung bersama baking powder dan satukan dengan nestum. Ratakan.
- Pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul hingga kental. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk pengadun berasingan, putar kuning telur bersama susu pekat dan mentega hingga pucat. Kemudian, satukan dengan tepung tadi dan esen vanilla. Putar sebati dengan kelajuan perlahan.
- Satukan adunan tadi bersama putih telur dan putar lagi hingga sebati.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan pes pandan/pewarna hijau dan satu bahagian lagi dengan pes strawberi/pewarna merah. Kemudian setiap adunan dibahagikan lagi dengan 3 bahagian. Kesemuanya ada 6 lapisan.
- Tuangkan lapisan merah terlebih dahulu dan kukus selama 5 minit. Kemudian, susunkan dengan coklat Cadbury tetapi JANGAN DITEKAN. Setelah itu, tuangkan adunan hijau perlahan-lahan di atasnya. Ratakan. Kemudian dikukus selama 7 minit. Ulangi proses hingga habis. Untuk lapisan terakhir, sila kukus hingga 15-20 minit lagi. (kek ini cepat masak dan tidak perlu dikukus terlalu lama)
- Setelah masak, angkat dan sejukkan terlebih dahulu barulah dipotong supaya lapisannya tidak comot.
Nilah hasilnya.......
thanks pada tuan punya resepi.....